Skip to content
No results
  • Utama
  • Penulis
  • Hubungi
KhairulAnam.MY logo
KhairulAnam.MY

Pandangan. Pengalaman. Cerita Peribadi

  • Utama
  • Penulis
  • Hubungi
KhairulAnam.MY logo
KhairulAnam.MY

Pandangan. Pengalaman. Cerita Peribadi

Home Informasi Scam Akaun RHB Now

Scam Akaun RHB Now

  • AnamAnam
  • 14/06/2013
  • Informasi
  • 10

Pagi tadi aku ada terima email suruh aku renew profile validation records apa entah untuk akaun RHB. Sejak bila la aku ada akaun RHB? Nampak benor nipunye. Scam akaun RHB bank rasanya ni.

scam akaun RHB bank

Semalam pun ada dapat jugak, tapi aku dah delete email tu. Seumur hidup aku tak pernah ada lagi akaun bank RHB.

Scam Akaun RHB Bank Dengan Cara ‘Phishing’

Tengah rehat 5 minit sebelum sambung kerja, saja aku nak test klik link yang dia bagi dalam email tu.

Bila dah klik link yang bertulis “LOGON.RHB.COM.MY” tu, akan terbuka paparan web yang memang sebijik sama macam laman web RHB yang sebenar.

Nampak je macam sama tapi sebenarnya bukan laman web sebenar. Teknik scam tu dipanggil “Phishing“ atau “Spoof Website“.

scam akaun RHB bank

Tengok URL pun dah merepek. Link yang lain-lain dalam page tu pun langsung tak boleh klik sebab ianya sekadar “gambar”. Senang betul dia buat kerja. Haha.

Motif dia nak orang isi bahagian username dan password akaun. Siapa yang tertipu pergi isi bahagian tu, nanti scammer akan dapat maklumat akaun bank dia.

Aku rasa ada juga orang yang tertipu dengan cara ni.

Sebab tu diingatkan, bila terima apa-apa email yang mengandungi link, jangan klik link dalam email tu. Kalau gatal tangan juga nak klik, pastikan check dulu URL sebenar pada link.

Cara nak check URL – Letak cursor mouse kat atas link (jangan klik) dan tengok bahagian bawah web browser, akan nampak URL sebenar link tersebut.

Lepas tu lantak korang nak klik atau taknak klik. Kalau klik, apa yang berlaku selepas tu tanggung sendiri.

scam alert

Penjahat yang buat kerja-kerja macam ni diorang takkan berhenti. Ada pelbagai cara diorang akan guna untuk tipu orang lain.

Bukan setakat scam akaun RHB je, bank-bank lain pun ada berlaku kes tipu macam ni. Dalam Twitter, dalam Facebook pun ada jugak. Semua tempatlah ada penipu!

Jadi, kita kena sentiasa berhati-hati dan ambil langkah keselamatan supaya bila ada apa jenis penipuan sekalipun, kita tak tertipu.

Kalau tertipu juga, senyum tak perlu kata apa-apa. Salah sendiri kan..

Share this post:

Share on Facebook Share on X (Twitter) Share on WhatsApp Share on Telegram
identity sebenar blogger
Previous Post Blogger Wajib Dedah Identiti Sebenar
Next Post Bersama Zarul Umbrella di Santai @ Dataran Gemilang
boni kacak buat isyarat pistol

Artikel Berkaitan

Buka akaun Hong Leong Bank HLB online

Buka Akaun Bisnes Hong Leong Bank Secara Online 100%, Tak Perlu Pergi Bank

Kempen bayar saman PDRM melalui MyBayar Saman

50% Diskaun Bayar Saman Trafik (18 Jun hingga 18 Julai 2021)

Buka akaun perniagaan Maybank secara online, tanpa introducer

Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer

10 Comments

  1. Mus

    Mus

    18/06/2013 / 10:21 PM Reply

    saya pun dapat juga…
    penipu..

  2. Hafizul

    Hafizul

    18/06/2013 / 4:46 PM Reply

    Pernah gak dapat..sekali jer baru seumur hidup ni..hehe..bahaya-bahaya

  3. Nasarudin

    Nasarudin

    17/06/2013 / 7:03 PM Reply

    Semakin rajin mereka ini semua ye. Pihak berkuasa tak dapat buat2 ape ke pasal perkara ini ye? Bro ade report kat SKMM tak email tu?

  4. titan

    titan

    15/06/2013 / 3:19 PM Reply

    hari-hari aku dapat pasal rhb ni. gila rajin diorang spam sekarang.

  5. sukma

    sukma

    14/06/2013 / 8:21 PM Reply

    saya pun banyak dapat e-mail begini….abaikan jer…..

  6. topijerami90

    topijerami90

    14/06/2013 / 5:31 PM Reply

    phishing lanie…
    so kena hati hati la…
    tengok url elok elok

  7. auc

    auc

    14/06/2013 / 3:48 PM Reply

    samalah bro dpt jg emel RHB ni,
    entah bila pulak saya ada akaun RHB, x buka pun,buat tak tau je…

  8. akubiomed

    akubiomed

    14/06/2013 / 3:32 PM Reply

    Ada terima email dari RHB suruh kemas kini akaun tetapi saya ignore dan terus delete.

  9. ejam

    ejam

    14/06/2013 / 11:45 AM Reply

    rajin diorang tiru bulat2 kan…

    • Norfa

      Norfa

      14/06/2013 / 11:57 AM Reply

      senang je tuh nak tiru…
      banyak sangat dapat spam.. bior jee…
      tunggu masa, mark all, delete.. hehehe

Tinggalkan Komen AndaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entri Terkini

  • Bayar Medical Plan WeKongsi Tahun 2025, Hanya RM843.85 Setahun
  • Domain .MY Hanya 50 Sen Setahun, Promosi Sempena Merdeka
  • Beli Monitor Refurbished Untuk PC
  • WeKongsi – Perlindungan Perubatan RM1 Juta, Sebulan Bawah RM50 Sahaja
  • Tangki Air Bocor, Tukar Tangki Air Baru

© 2026 KhairulAnam.MY – Anarm Network Resources 201903147008 (002975929-D)

Powered by WordPress Hosting & LiteSpeed Server • Polisi Privasi