Bayar Medical Plan WeKongsi Tahun 2025, Hanya RM843.85 Setahun

Dah lengkap bayaran medical plan aku untuk tahun 2025. Aku ambil medical plan WeKongsi yang menawarkan perlindungan perubatan sehingga RM1 juta setahun dan tanpa had seumur hidup.

Sepanjang tahun 2025, aku cuma bayar jumlah keseluruhan sebanyak RM843.85 sahaja untuk dapat manfaat perlindungan perubatan WeKongsi.

  • RM360 – Yuran keahlian setahun
  • RM483.85 – Bayaran perkongsian selama 12 bulan

RM843.85 bahagi 12 bulan, jadi purata yang aku bayar hanya RM70.32 sebulan. Sangat murah untuk perlindungan perubatan sebanyak RM1 juta.

Korang bayar berapa sebulan medical card? Yang umur 40 tahun ke atas mesti kena bayar lebih RM200 sebulan, kan?

Bayaran Perkongsian Medical Plan WeKongsi
Perkongsian bulanan medical plan WeKongsi (Januari – Disember 2025)

Kalau aku masih ambil pelan medical card lama (yang aku dah terminate dulu) kena bayar RM400+ setiap bulan. Setahun dekat RM5,000 kena bayar. Bagi aku sangat mahal berbanding medical plan WeKongsi.

Kalau berlaku repricing atau naik harga, makin koyak poket nak membayar setiap bulan. Medical card memang tak boleh elak kenaikan harga. Siapa ada medical card mesti tahu tentang repricing.

Untuk medical plan WeKongsi setakat ni tiada kenaikan harga. Masih kekal dengan bayaran maksimum RM50 sebulan (tak termasuk yuran keahlian dan juga bergantung pada jumlah claim pada bulan-bulan tertentu).

WeKongsi Medical Plan Mampu Milik

Nasib baik aku jumpa medical plan WeKongsi. Kurang sikit kos kena bayar untuk perlindungan perubatan tapi masih dapat manfaat setanding dengan pelan medical card yang ada di pasaran sekarang.

WeKongsi ni alternatif sesuai bagi sesiapa yang takde atau kurang bajet untuk ambil medical card, tapi nak perlindungan perubatan yang bagus dan mampu milik.

Yang dah ada medical card pun boleh ambil medical plan WeKongsi sebagai perlindungan tambahan.

WeKongsi Medical Plan Perlindungan Perubatan RM1 Juta

Sementara kita masih sihat seeloknya kena ada medical plan. Buat tindakan yang bijak. Sebab bila kita dah sakit nanti, dah terlambat dan tak layak untuk dapatkan perlindungan perubatan.

Kalau banyak duit mungkin takde masalah. Bila jatuh sakit boleh bayar rawatan pakai duit sendiri.

Bagi yang tak banyak duit, perlindungan perubatan seperti WeKongsi ni dapat bantu diri kita dan kewangan kita di masa hadapan.

Nak tahu lebih lanjut tentang medical plan WeKongsi, boleh tengok laman web medikongsi.com

Tinggalkan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *