Rakuten Insight ialah platform untuk buat duit dengan jawab survey online. Kita akan diberi mata ganjaran atau point bagi setiap soalan kaji selidik yang dijawab. Kemudian, point tu boleh ditebus dalam bentuk voucher atau duit.

Rakuten Insight bagi pilihan untuk tebus point dengan membuat penukaran kepada:
- Grab voucher – minimum 500 point (RM5)
- KFC voucher – minimum 3,000 point (RM30)
- McDonald’s voucher – minimum 3,000 point (RM30)
- AEON voucher – minimum 3,000 point (RM30)
- Lazada voucher (dihentikan buat sementara)
- Touch ‘n Go eWallet – minimum 1,000 point (RM10)
Aku biasa tebus kepada ewallet Touch ‘n Go je sebab lebih mudah. Lagipun yang voucher semua tu aku tak gunakan sangat.
Daripada aku ambil voucher yang aku sendiri pun tak tahu bila akan guna, lebih baik aku ambil duit. Boleh jugak guna duit dalam eWallet TnGo tu untuk beli barang atau bayar tol.
Kalau ewallet Touch ‘n Go dah upgrade ke akaun GO+, boleh cash out ke akaun bank. Atau boleh juga biarkan je duit tu dalam akaun GO+ untuk dapat pulangan harian 1.5% p.a.
TnG GO+ dah patuh syariah sekarang ni. Tak perlu risau labur duit kat situ.
Cara Buat Duit Dengan Rakuten Insight
- Daftar akaun Rakuten Insight Surveys
- Jawab soalan-soalan kaji selidik yang diberikan dari semasa ke semasa.
- Setiap soalan kaji selidik akan diberi jumlah point tertentu (minimum 10 point)
- Tebus point terkumpul ikut jumlah minimum yang dibenarkan untuk tebus.
- Point yang dah ditebus akan dapat pada 20 – 30 haribulan bulan berikutnya.
Rakuten Insight ni tak banyak survey dia bagi. Tapi selama aku buat benda ni, sentiasa ada la survey untuk dijawab dan dapat tebus point setiap bulan.
Setakat ni setiap bulan aku pasti akan dapat sekurang-kurang RM30 masuk ke ewallet Touch ‘n Go. Dia akan bagi kod RELOAD PIN. Copy-paste je kod tu ke dalam aplikasi TnG eWallet.

Kalau tebus point dalam bentuk voucher KFC, McDonald’s, dan AEON dia akan hantar voucher tu melalui pos ke alamat yang kita daftar dalam akaun Rakuten Insight.
Untuk Touch ‘n Go dan voucher Grab je akan dapat kod secara online.
Menarik kan Rakuten Insight ni?
Siapa nak cuba buat duit dengan Rakuten Insight, boleh daftar melalui link di bawah:



