Hujung bulan 11 hari tu duit dalam akaun Maybank aku hilang sebab kad debit diguna tanpa pengetahuan aku. Terkejut giler pukul 1 pagi terima SMS daripada Maybank bagitau ada transaksi online purchase dari kad debit milik aku.
Macam mana orang lain boleh guna kad debit tu sedangkan masa tu kad ada dalam beg duit aku? Pelik betul..
Tahap keselamatan akaun Maybank teruk ke? Atau ada kebocoran data kat mana-mana?

Lepas baca SMS tu, aku terus login akaun Maybank2u. Tengok memang ada 2 transaksi dah tolak duit dalam saving account aku. Harey betul!
Notifikasi SMS tu aku cuma dapat untuk 1 transaksi je. Lagi 1 transaksi tak dapat SMS. Tapi dalam akaun Maybank2u ada tunjuk rekod 2 transaksi dari kad debit.

- PETMATE = USD8.60 (RM36.09)
- Amazon Prime = USD1.83 (RM7.68)
PETMATE tu dia jual barang untuk haiwan peliharaan kot. Aku mana ada bela haiwan. Buat apa aku beli barang kat situ?
Amazon Prime tu pulak rasanya untuk streaming filem dan rancangan TV. Takda makna aku nak bayar perkhidmatan streaming tu. TV pun aku jarang tengok.
Transaksi Tidak Sah Dari Kad Debit
Untuk elakkan jadi lagi transaksi tidak sah dari kad debit, aku pindahkan duit yang ada dalam saving account tu ke akaun semasa perniagaan aku. Akaun di Maybank jugak tapi jenis Business Current Account.
Current account tu aku buka untuk kegunaan bisnes je. Tak pakai kad. Lebih selamat la duit dalam tu sebab takda kad, takkan berlaku kecurian duit dari kad.
Lepas dah pindahkan duit, aku pun pergi tidur sebab dah mengantuk.
Hubungi Bank Untuk Buat Aduan
Bangun dari tidur pagi tu aku terus call Maybank Careline 1300886688 untuk buat aduan tentang kecurian duit dari kad debit. Tapi aku call tak dapat-dapat. Talian sibuk kot masa tu.
Aku pun cuba PM Facebook Page Maybank. Tapi lambat pulak admin dia respon hari tu. Biasa cepat je dia balas PM.
Tiba-tiba.. Aku terima lagi 1 SMS daripada Maybank bagitau ada transaksi baru berjumlah USD46.58. Dia guna lagi kad aku beli barang kat AMAZON.COM pulak!

Tapi.. Baki duit dalam saving account tu tinggal beberapa ringgit je lepas aku dah pindahkan ke current account. Macam mana boleh tolak duit lagi?
Aku check kat Maybank2u, memang betul duit dah kena tolak lagi.
Rupanya duit yang ditolak tu dia ambil dari payment Google Adsense. Duit baru masuk akaun bank, terus kena curi melalui kad debit. RM195.10 pulak tu. Adehh..
Cepat-cepat aku pindahkan baki duit Google Adsense tu ke current account.

Batalkan Kad Debit
Aku call lagi sekali talian Maybank Careline. Alhamdulillah dapat juga bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Aku pun buat aduan, bagitau ada 3 transaksi kad debit yang bukan dibuat oleh aku.
Lepas pegawai bank buat semakan, kad debit tu pun dibatalkan. Sesiapa pun dah tak boleh guna kad tu, termasuk aku sekali. Kena buat kad baru..
Dispute Form
Pegawai khidmat pelanggan Maybank bagitau aku — untuk dapatkan balik duit yang ditolak dari transaksi kad debit atas sebab “Unauthorized Charges“, boleh isi borang “DISPUTE FORM” masa nak buat kad baru di cawangan Maybank.

Tapi masa aku pergi buat kad baru hari tu, takda pulak pegawai Maybank kat situ bagi apa-apa borang untuk diisi. Aku dah bagitau tentang aduan “Unauthorized Charges” tu, dia cuma buatkan urusan tukar kad je.
Balik rumah, aku PM lagi sekali admin Facebook Page Maybank dan bagitau hal tu. Dia sarankan aku isi Dispute Form lepas tu hantar melalui email.
Sekarang ni aku kena tunggu pihak Maybank siasat perkara tu. Proses dalam 45-60 hari kalau tak silap aku. Harap-harap dapat balik lah duit aku yang kena curi melalui kad debit tu.
Jumlah kerugian RM238.87 dicuri melalui kad debit.
Update:
- 2 transaksi (PETMATE dan Amazon Prime) dapat refund beberapa hari selepas duit ditolak.
- 1 transaksi (AMAZON.COM) pun dah dapat refund juga, selepas 4 bulan.




Saya pun terkene ada 5 transaction dlm masa sehari tapi utk kredit kad visa. Total RM4k lebih.. Dia charge kot GBP (Pound Sterling). Lepas email dispute form dlm 3-4hari dpt balik 1 transaction dlm RM1.8k. Rugi dlm RM100 lebih utk yg ni sbb forex exchange (duit MYR jatuh compare GBP dlm 3-4hari tu). Ada 4 transaction lagi tak dpt. Call customer service ada haritu sampai kt sejam tunggu last2 terputus. skrg follow up dgn FB maybank je. dia ckp bank akan call balik. Harap2 dapat balik balance tu.
Salam, acc kne hack mcm mana ya, kene kat sy ade org login acc maybank dari device lain, bila sy nak login password dgn username dah incorrect, sy terus call maybank block, x taw la duit dak lesap ke belum.. Isnin ni baru boleh beruedgn bank
Not authorised payment sale debit RM219.90…Please take action immediately tq
Assalamualaikum, alhamdulillah bro dpt balik duitnya,saya pon baru saja kena scam dan duit diambil melalui kad debit, nak tanya tentang dispute form tu,kalau kita kena scam tu perlu isi mcm mana ek dlm dispute form tu, boleh tunjuk ajar tak cara²,sbb jenuh nak fahamkan borang tu?..harap boleh bantu.
Waalaikumussalam..
Mula² isi nombor kad debit (nombor atas kad) dan nombor akaun bank.
Bahagian “Transaction Description” dalam dispute form tu, tulis transaction yang nak dapatkan balik duit. Tengok rekod “card debit transactions” dalam akaun bank. Ada tunjuk description, date dan amount. Isi form ikut details transaction tu.
Bahagian “Reason(s) for dispute…” tandakan / tick kat kotak yang berkaitan dengan kes duit kena ambil dari kad debit tu.
Macam kes saya hari tu, duit diambil dari kad debit tanpa pengesahan dari saya sendiri. So, saya tick kat kotak kedua – “The above charge(s) was/were neither made nor authorized by me…”
Lepas tu tandatangan. Dah siap isi form, save dan hantar form tu ke email disputemgmt bank.
baik terima kasih, sangat membantu?
*baik terima kasih, sangat membantu<3 hehe
Mcm mn nak follow up smula ya klu da send email dispute form tu ya..
Lepas send email dispute form tu, ada dapat email auto reply dari maybank. Nak follow up atau ada apa² pertanyaan boleh reply kat email tu.. Atau call careline bank.
slm bro nak tnya klau bahagian transaction desctiption tue ada 4 ja line..tp yg saya kne curi byk dkt 8 kli transaction …cne nk tlis….ke gabung jd satu line ja total terus ?
Macam mana encik dapat semula ye duitnya?.. Duit saye diambil rm129++
1. Call customer service bank buat aduan tentang duit yang diambil dari kad debit.
2. Kalau duit yang diambil tu tanpa pengesahan / pengetahuan pemilik, bank akan batalkan kad untuk elak duit diambil lagi. Kad bank tu dah tak boleh guna. Kena buat kad baru.
3. Isi “Dispute Form” untuk mohon dapatkan balik duit yang dah diambil. Dispute form dah siap isi boleh hantar melalui email, atau pergi cawangan bank pun boleh.
4. Bank akan siasat kes tu. Lama jugak kena tunggu.
5. Duit yang berjaya dapat balik akan terus masuk semula ke akaun bank.
duit yang transfer tapi bukan yang owner akaun buat akan dapat balik ka?
Kes saya ni bukan online transfer, tapi duit ditolak dari kad debit yang link dengan akaun bank. Boleh dapat balik duit tu lepas buat report ke pihak bank.
Kalau online transfer bukan owner yang buat, mungkin akaun bank dah kena hack, orang lain boleh login transfer duit. Kes macam tu rasanya kena buat report polis, lepas tu bawa salinan report polis tu pergi ke cawangan bank untuk dapatkan balik duit.
Tempoh dapat balik duit bergantung pada siasatan pihak bank. Mungkin cepat dan mungkin lambat.
Yang penting kena terus call pihak bank buat aduan kalau tiba2 duit hilang dari dalam akaun.
Bank akan membuat pembayaran balik juga kan?
Kalau betul bukan kita yang transfer, bank akan masukkan balik duit tu dalam akaun.
Tq, sebab sebab akaun saya hack dan rm10k lesap ke beberapa akaun yang saya tidak transfer dan kenal.
Saya baru kena hal yg sama.. Nak tnye dah dpt blik ke duit tu slepas buat form tu?
Dah dapat balik semua duit saya yang ditolak dari kad debit tu.. 2 transaksi dapat balik dalam beberapa hari je. Lagi 1 transaksi bulan lepas baru dapat balik duit tu, selepas 4 bulan hantar Dispute Form.
Kalau kena hal yang sama, cepat2 report ke pihak bank dan isi Dispute Form. Minta nombor report lepas dah buat report ke bank. Senang nak follow up nanti guna nombor report tu.
Dia dapat dalam beberapa hari selepas kita buat aduan ka
Dapat tu bergantung atas siasatan. Kes saya kene 5 transaction. 1 transaction dpt dlm 3-4hari. Balance 4 transaction masih dlm siasatan.
..salam
terkejut juga dan hairan, bagaimana perkara ini terjadi.
selepas ini, saya lebih berhati2 dan berwaspada