Sejak bulan lepas kereta Alza aku ada masalah gear reverse lambat masuk dan tersentap. Setiap kali tukar gear “R” nak undur kereta, gear akan termenung atau delay sekejap dalam beberapa saat.
Bila gear dah masuk, dapat rasa gear tersentap kuat sampai kereta jadi melompat ke belakang. Bahaya betul.. Nak kurangkan sentapan tu kena tekan brake lama-lama. Rasa gear dah masuk (tersentap), baru boleh lepaskan brake dan undur kereta.
Ada yang bagitau gear tersentap tu tanda-tanda awal gearbox kereta dah hampir rosak. Kena overhaul atau tukar gearbox baru. Risau pulak.. Gearbox kereta ni mahal wei harga dia!

Jumpa Pakar Gearbox Kereta
Hari tu aku dah bawa kereta pergi bengkel Pakar Gearbox. Pomen kat bengkel tu tolong check dan scan sistem gear kereta aku. Lepas dah check, dia tunjuk masalah yang dapat dikesan oleh alat yang diguna untuk scanning.
Katanya gearbox kereta aku memang ada masalah. Tapi belum tahap teruk lagi.
Dia cadangkan buat treatment dulu untuk cuba rawat masalah gearbox tu. Kos buat treatment murah je. Tak semahal buat overhaul atau tukar gearbox baru.
Aku pun setuju jela untuk buat treatment. Kalau dibiarkan masalah gearbox tu, lama-lama akan rosak lebih teruk dan akhirnya kena overhaul jugak. Lebih baik cuba rawat dulu.
Simptom Gearbox Kereta Bermasalah
Gear kereta korang kalau ada simptom seperti di bawah ni, cepat-cepat la bawa pergi bengkel untuk diperiksa.
- Masuk gear D atau R kereta termenung sekejap
- Gearbox lambat respon bila sejuk
- Pertukaran gear menyentap
- Pertukaran gear kasar
- Bunyi kasar dari gearbox
- Nak memotong rasa berat
- Naik bukit rasa tak ada power
Kesemua masalah di atas boleh dirawat dengan gearbox treatment.
Rawat Masalah Gearbox Kereta Dengan JV Auto Lube
Bengkel Pakar Gearbox tu buat rawatan gearbox kereta aku guna minyak JV Auto Lube Transmission Treatment. Fungsi dia untuk bagi getah² oil seal dalam gearbox kembali elastik.
Gear kereta jadi menyentap biasanya sebab oil seal dalam gearbox dah mengeras. Guna minyak treatment akan lembutkan balik oil seal dalaman tu.

Lepas dah masuk 2 botol JV Auto Lube, pomen suruh aku bawa kereta macam biasa dulu dan tengok kesannya dalam 1 bulan.
Kalau gear masih menyentap, maknanya gearbox dah tak boleh dirawat. Kemungkinan masalah tu dah terlalu kritikal. So, kena buka gearbox la untuk overhaul.
Tapi kereta aku tak sampai 1 bulan lepas buat treatment, gear dah kembali ok. Dalam 3-4 hari je kot terus hilang sentapan pada gear. Sekarang tukar gear rasa lancar je. Alhamdulillah..
Magic betul minyak JV Auto Lube ni.
Penjagaan Gearbox Kereta
Untuk kereta auto, gearbox perlu diservis setiap 20,000km. Ganti minyak baru. Jangan selalu lebih waktu servis sampai minyak gearbox jadi terlampau gelap. Auto filter pun kena ganti semasa servis.
Kereta yang dah 5-6 tahun ke atas disarankan masuk minyak treatment gearbox JV Auto Lube untuk perlindungan dan penjagaan gearbox.
Untuk kereta yang belum ada masalah gearbox dan untuk penjagaan:
• 1 botol (kereta 2.0cc ke bawah)
• 2 botol (kereta 2.0cc ke atas)
Untuk kereta yang ada masalah gearbox:
• 2 botol (kereta 2.0cc ke bawah)
• 3-4 botol (kereta 2.0cc ke atas)
Gearbox kereta kalau tak dijaga akan cepat rosak. Nanti kena keluar duit beribu ringgit untuk baik pulih atau tukar gearbox baru. So, jagalah gearbox dengan baik dan buat la rawatan awal untuk cegah kerosakan pada gearbox kereta.
JV Auto Lube boleh dapatkan dari pengedar sah atau melalui Shopee.




