Skip to content
No results
  • Utama
  • Penulis
  • Hubungi
KhairulAnam.MY logo
KhairulAnam.MY

Pandangan. Pengalaman. Cerita Peribadi

  • Utama
  • Penulis
  • Hubungi
KhairulAnam.MY logo
KhairulAnam.MY

Pandangan. Pengalaman. Cerita Peribadi

Home Informasi Buka Akaun Bisnes Hong Leong Bank Secara Online 100%, Tak Perlu Pergi Bank

Buka Akaun Bisnes Hong Leong Bank Secara Online 100%, Tak Perlu Pergi Bank

  • AnamAnam
  • 01/11/2024
  • Informasi
  • 2

Entri lepas aku ada cerita tentang current account bisnes aku di Maybank dah kena block. Disebabkan hal tu, aku terpaksa buka akaun baru di bank lain untuk teruskan urusan bisnes. Dah tak boleh guna Maybank.

Lepas 2-3 hari aku survey beberapa buah bank atas pendapat daripada kawan² di media sosial, aku pilih untuk buka akaun bisnes di Hong Leong Bank (HLB). Sebab ramai bagitau bank HLB ni paling mudah nak buka akaun guna nama perniagaan.

Lebih menarik lagi, Hong Leong Bank ni boleh buka akaun 100% secara online je. Tak perlu pergi bank. Hanya daftar melalui aplikasi Apply@HLB.

Buka akaun Hong Leong Bank HLB online

Deposit permulaan serendah RM50 je untuk aktifkan akaun bank bisnes di Hong Leong Bank. Kalau akaun bisnes di bank lain biasanya kena masuk RM500 – RM3,000.

Memang aku cari bank yang boleh buka akaun bisnes dengan deposit paling rendah sebab aku tengah kekurangan duit sekarang ni. Akaun Maybank aku kan kena block.. Semua duit bisnes aku dah beku dalam akaun tu, tak boleh keluarkan.

Cara Buka Akaun Hong Leong Bank Secara Online

Nak buka akaun Hong Leong Bank secara online mula-mula kena install dulu aplikasi Apply@HLB dekat Play Store (Android) atau App Store (iOS).

Aplikasi Apply HLB - Hong Leong Bank
Aplikasi Apply@HLB di Play Store dan App Store

Kemudian buka aplikasi tu dan masukkan nombor kad pengenalan. Ikut je setiap arahan yang diberikan dalam aplikasi.

Lepas tu akan ada pilihan nak buka akaun bank Personal atau Bisnes. Pilih akaun mana yang nak daftar. Kalau untuk bisnes, kena pilih akaun bisnes lah.. Jangan guna akaun personal untuk urusan bisnes.

Buka akaun bisnes di aplikasi Apply@HLB ni tak perlu bagi apa-apa dokumen SSM. Hanya isi nombor pendaftaran SSM yang 12 digit tu dan dia akan terus check dengan sistem SSM.

Buka akaun bank online Apply HLB

Seterusnya pilih jenis akaun bank. Ada pilihan akaun Konvensional dan Islamic. Kalau nak akaun bank Islamic, tandakan dekat kotak “I want an Islamic account”.

  • Akaun Personal
    • Cashback – deposit RM20
    • Higher Profit – deposit RM50
  • Akaun Bisnes
    • Higher Profit – deposit RM50
    • Cheque Book – deposit RM500

Kena baca betul-betul setiap info dan arahan dalam aplikasi tu. Tengok jenis-jenis akaun yang ada dapat kad, profit, buku cek, dan berapa jumlah deposit kena masukkan nanti.

Jenis akaun personal dan bisnes Hong Leong Bank

Lepas tu akan ke proses eKYC untuk pengesahan identiti. Kena scan gambar IC depan belakang dan selfie sambil kelip-kelip mata, angguk-angguk kepala, nganga mulut.

Dah selesai eKYC tu, isi maklumat diri pulak dan butiran untuk online banking (username & password). Check semua maklumat pastikan betul sebelum submit permohonan.

Permohonan buka akaun bank HLB ambil masa lebih kurang 3 hari untuk diproses. Kena tunggu SMS dan email daripada pihak Hong Leong Bank untuk langkah seterusnya iaitu masukkan deposit pertama.

Cara buka akaun bisnes Hong Leong Bank

Aku buka akaun hari tu tak sampai 3 hari pun.. 1 hari je dah siap`.

Aku apply pukul 9 pagi. Pukul 12 tengahari dapat SMS dan email suruh transfer deposit ke akaun HLB yang dah berjaya dibuka. Lepas dah masukkan RM50 deposit pertama, akaun diaktifkan dan boleh terus guna.

Deposit Melalui Online Transfer

Deposit untuk aktifkan akaun Hong Leong Bank ni kena buat melalui online transfer dari akaun bank lain yang berdaftar atas nama kita sendiri.

JANGAN buat deposit melalui tunai / pindahan dari:

  • Akaun e-Wallet
  • Mesin ATM
  • Mesin Deposit Tunai (CDM)
  • Pindahan daripada akaun pihak ketiga

Kalau takda akaun bank lain atas nama sendiri, boleh buat temu janji dengan pihak Hong Leong Bank atau terus pergi cawangan Hong Leong Bank untuk urusan buka akaun.

Senang kan? Siapa nak buka akaun bank personal atau akaun bisnes di Hong Leong Bank boleh apply sekarang!

Share this post:

Share on Facebook Share on X (Twitter) Share on WhatsApp Share on Telegram
Maybank Current Account no longer active
Previous Post Akaun Perniagaan Maybank Current Account Disekat, Duit Dibekukan
Next Post Surrender Polisi Medical Card AIA Yang Semakin Mahal
Surrender polisi medical card AIA

Artikel Berkaitan

Kempen bayar saman PDRM melalui MyBayar Saman

50% Diskaun Bayar Saman Trafik (18 Jun hingga 18 Julai 2021)

Buka akaun perniagaan Maybank secara online, tanpa introducer

Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer

Kemaskini bonus program rujukan Wahed Invest

Kemaskini Terma dan Syarat Program Rujukan Wahed Invest

2 Comments

  1. asy

    asy

    10/09/2025 / 4:56 PM Reply

    Deposit untuk aktifkan akaun Hong Leong Bank ni kena buat melalui online transfer dari akaun bank lain atas nama sendiri.

    apa maksud “akaun bank lain atas nama sendiri”?

    • Anam

      Anam

      11/09/2025 / 1:19 AM Reply

      “akaun bank lain atas nama sendiri” = Akaun simpanan di mana-mana bank lain yang dah daftar guna nama sendiri.

      Contoh: Ada akaun di Maybank. Transfer duit (deposit pertama) dari akaun Maybank tu ke akaun Hong Leong Bank yang baru daftar untuk aktifkan akaun. Akaun Maybank tu mestilah yang berdaftar guna nama sendiri, bukan nama orang lain.

Tinggalkan Komen AndaCancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Entri Terkini

  • Domain .MY Hanya 50 Sen Setahun, Promosi Sempena Merdeka
  • Beli Monitor Refurbished Untuk PC
  • WeKongsi – Perlindungan Perubatan RM1 Juta, Sebulan Bawah RM50 Sahaja
  • Tangki Air Bocor, Tukar Tangki Air Baru
  • Surrender Polisi Medical Card AIA Yang Semakin Mahal

© 2025 KhairulAnam.MY – Anarm Network Resources 201903147008 (002975929-D)

Powered by WordPress & LiteSpeed Web Server • Polisi Privasi