Monitor PC aku tiba-tiba rosak. Skrin monitor keluar line berbelang-belang warna putih. Jadi tak boleh tengok benda yang dipapar di skrin sebab tertutup dengan line putih tu.
Kalau hantar repair aku rasa macam tak berbaloi. Sebab monitor lama, dah teruk pun keadaan dia. Dah sampai masa dia nak rosak.
Nak beli monitor baru, tak cukup bajet pulak. Aku survey monitor baru harga dia ratus-ratus. Paling murah dalam RM200 – RM300. Bergantung pada saiz monitor. Lagi besar saiz, lagi mahal.
Tapi nak tak nak aku terpaksa keluar modal juga untuk ganti monitor yang dah rosak tu. Takda monitor aku tak boleh buat kerja guna PC.
Sebab bajet tak besar, aku fikir lebih baik beli monitor refurbished je.. Murah sikit.
Refurbished ni barang yang pernah digunakan. Kemudian diperiksa, diuji, dibersihkan, dan dibaiki jika perlu oleh pengeluar atau penjual. Lepas tu dijual semula.
Monitor Refurbished Murah Di Shopee
Aku cari di Shopee, jumpa monitor refurbished 22″ harga RM80 je termasuk shipping. Harga termurah antara seller-seller yang aku survey.
Tak tahu la kalau ada seller lain yang jual lagi murah daripada tu.
Aku ingat nak beli saiz 24″ tapi bajet aku RM100 je. Tak cukup. Mampu beli yang saiz 22″ je. Itu pun dah ok.. Monitor lama saiz 19″.

Seller bungkus kemas monitor dalam kotak. Dia sumbat penuh bubble wrap untuk jaga monitor daripada rosak semasa proses hantar. Penghantaran pun laju. Terbaik!
Masa entri ni ditulis aku tengah guna monitor refurbished yang baru sampai. Monitor berfungsi dengan cemerlang. Cuma ada nampak kotor sikit-sikit.
Takpe lah.. Bukan masalah besar. Kena la dengan harga dia yang murah tu.
Monitor refurbished ni dijual secara random. Takda pilihan jenama. Hanya boleh pilih saiz monitor je. Aku tak kisah sangat dengan jenama. Asalkan boleh guna dah cukup bagi aku.

Aku dapat monitor jenama HP E22 G4. Ok juga monitor ni. Full HD. Gambar / video nampak cantik dan sharp.
Setakat ni aku rasa puas hati dengan monitor refurbished yang aku beli. Duit jimat banyak. Harap monitor ni tahan lama.

Kerja aku tergendala 2 hari sebab monitor PC rosak. Dah tukar monitor baru ni, boleh sambung balik buat kerja.