Domain .MY Hanya 50 Sen Setahun, Promosi Sempena Merdeka

Sempena Merdeka 2025 ni, Yeahhost menawarkan harga promosi domain .MY hanya 50 sen setahun. Ya.. RM0.50 je.. Murah betul!

Promosi terbuka untuk pendaftaran nama domain baharu bermula 12/08/2025 hingga 31/08/2025 – selagi stok masih ada.

Domain .MY hanya 50 sen setahun

Korang boleh beli dan daftar domain .MY | .COM.MY | .NET.MY | .ORG.MY | .BIZ.MY dengan bayaran hanya 50 sen!

Tapi 50 sen tu untuk tahun pertama sahaja. Tahun seterusnya kena bayar harga biasa.

Domain .MY hanya 50 sen setahun

Cara Daftar Domain .MY

Untuk daftar domain .MY dengan harga 50 sen ni, boleh ke laman web Yeahhost dan buat carian nama domain yang nak daftar.

Dah jumpa nama domain yang diidamkan, tekan ‘Add to Cart’ dan terus buat bayaran. Jangan tunggu lama-lama.

Daftar domain .MY harga 50 sen

Dokumen Sokongan Untuk Daftar Domain .MY

Pendaftaran nama domain jenis ccTLD (kod negara) – MY untuk Malaysia – kena sertakan dokumen sokongan. Dia tak macam domain .COM yang boleh daftar tanpa perlu bagi apa-apa dokumen.

Untuk domain .MY dan .NAME.MY perlu sertakan salinan IC / Passport atau dokumen SSM (perniagaan/syarikat) sebagai dokumen sokongan.

Domain .COM.MY | .NET.MY | .ORG.MY | .BIZ.MY pula hanya boleh daftar menggunakan dokumen SSM. Tak boleh guna IC.

Lepas dah buat bayaran daftar domain, hantar dokumen sokongan tu melalui Submit Ticket atau ikut arahan dalam mesej yang dihantar ke WhatsApp.

Pihak Yeahhost akan hubungi jika ada sebarang keperluan lanjut sebelum pendaftaran domain diluluskan.

Domain blog aku khairulanam.my ni pun aku beli dan daftar di Yeahhost. Dapat harga murah juga tahun pertama. Masa aku daftar domain blog ni, Yeahhost call aku untuk sahkan dokumen. Lepas tu domain terus aktif. Sekejap je proses dia.

Siapa nak guna domain .MY untuk laman web atau blog, cepat-cepat daftar sebelum nama domain dirembat oleh orang lain dulu. Harga tengah murah ni..

Peluang Menang Kereta Proton e.MAS

RevUp & Register 2.0 – domain .MY

Setiap pendaftaran domain .MY juga berpeluang untuk memenangi hadiah kereta Proton e.MAS 7 yang ditaja oleh MYNIC dalam kempen RevUp & Register 2.0!

Apa tunggu lagi? Daftar domain .MY sekarang!

Tinggalkan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *